World Around Me

World Around Me
I adore countryside

Saturday 13 August 2011

Seeking....


WISE MAN

I sat before the wise man in the autumn of my youth
And I told him all the things I had to know
He said you have the future, if you need to find the truth
And in his eyes I saw that it was so

So I came right out and asked him the meaning of life
And as he smiled I saw a twinkle in his eye
He said with all his years there's still so much he has to learn
And once again I saw that it was so

Keep on living, loving waiting your turn
It's the only way to ease your concern
If you want to find your dream, be sure
You don't wake up too soon or you'll find it easier
Shooting for the moon

Wise man, wise man which way shall I run
There's so many roads so many ways to turn
I am like a blind man lost in the sun
I wanna be like you, and be a wise man too

But I'm looking for an easy way to learn

Bersahur

Kami sekeluarga bersahur pukul 5 pagi dengan hidangan yang amat ringkas tapi berzat. Menu tu boleh membantu kami berpuasa seharian tanpa letih atau lapar. 
Cubalah menu ini:
Air Yogut 1 gelas
Semangkok quaker oats bersama dgn sedikit kismis dan 5 biji kurma 
2 keping roti wholemeal dan diakhiri dengan 
1 liter air kosong.
InsyaAllah u akan rasa perbezaan berpuasa berbanding dengan mengambil menu nasi .
SELAMAT MENCUBA!!

Sunday 7 August 2011

Wedding Anniversary

me and hubby 1986
                                                                    
Hari ini 7 Ogos genaplah 25 tahun aku dan suamiku Ezzuddin mendirikan rumah tangga.
Semoga hubungan kami seisi keluarga dan penghidupan kami pada hari-hari  yang dah dilalui dan akan lalui mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah s.w.t hendaknya.Amiin...

25 years later
 A happy family...

Saturday 6 August 2011

Natijah Ramadhan

Natijah bagi puasa dalam bulan Ramadhan adalah Taqwa.


Adakah pernah kita terfikir nilai Ramadhan yang sebenarnya? 


Bagai lautan yang luas yang disediakan Allah, kita boleh mendapatkan berbagai-bagai faedah dengan cara berbeza-beza dari sekecil-kecil rezeki sehinggalah ke mutiara yang bernilai tinggi. Maka kita ambil peluang Ramadhan ini untuk Allah mengampunkan dosa kita supaya kita termasuk dikalangan hambaNya yang beruntung khususnya setelah kita kembali kepadaNya. Oleh itu, mari lah kita bertaubat dan merafat sembah memohon ampun kepada Allah s.w.t di atas segala dosa-dosa yang kita telah lakukan.


Ramadhan juga merupakan bulan jihad. Berjihad melawan musuh yg berada dalam diri manusia iaitu hawa nafsu. Sekiranya nafsu dapat dididik, maka akan lahirlah manusia yang cemerlang, akhlak dan budi pekertinya. Sesungguhnya Ramadhan adalah medan terbaik untuk membentuk jiwa dan mendidik nafsu demi mencapai darjat hamba Allah yang bertaqwa. 


Amal-amal ibadah yang dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan merupakan makanan yang mengenyangkan jiwa dan hati kita. Apabila jiwa kita kenyang dengan amal-amal ma'ruf, maka ia akan hidup segar memberi sinar hidayah dan kekuatan rohani manusia. 


Segala tindakan, pemikiran dan ucapan kita yang keluar dari jiwa yang suci bersih akan memberi manfaat kepada makhluk di sekeliling kita dan membangunkan juga jiwa mereka untuk menyebar-luaskan kebaikan keseluruh alam.


Beruntunglah kepada sesiapa yang merebut seberapa banyak hadiah Allah yang disediakan sepanjang Ramadhan.


Sekiranya kita merasakan bahawa Ramadhan yang lalu banyak kekurangan berlaku, pastikan Ramadhan kali ini membawa perubahan yang besar dalam kehidupan kita. 


Selamat Berpuasa dan kita mengharapkan kepada Allah s.w.t agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah s.w.t


-wassalam-